30.11.12

keselesaan

Assalamualaikum.

Terasa ingin menaip lagi di kala kebosanan di dalam bilik berseorangan. Aku cuma mahu bercerita ketika diri ku seorang pelajar sekolah menengah. Aku cuma terfikir pasal benda ni 5 minit yang lepas jadi aku rasa aku perlu menulisnya supaya tiada salah faham berlaku.

Ketika aku seorang pelajar Tingkatan 5, pada awalnya aku ditempatkan di kelas pertama (kelas paling depan/pandai), aku terasa diriku tidak sesuai dengan persekitaran begitu sebab terasa diriku bukanlah jenis yang rajin/pandai sangat. Jadi aku mohon kepada cikgu untuk menukar kelas, pada mulanya cikgu tersebut tak bagi tapi selepas mendegar sebab-sebab yang aku kemukakan, maka aku berjaya menukar kelas dengan izin semua pihak termasuk ibu bapa ku. Ramai orang mengatakan aku telah membuat keputusan yang salah sebab kelas yang pertama tu diibaratkan lubuk emas kata kawanku, di mana semuanya target untuk dapat semua A dalam SPM. Aku cuma mendiamkan diri, dalam hati kecilku, aku berkata, walaupun di mana anda belajar, anda boleh berjaya, yang penting anda selesa.

Ada juga aku mendengar khabar-khabar angin mengatakan, aku bertukar kelas kerana aku mahu bersama "that special person*" pada masa tu. Dia juga berada di kelas yang kedua. Itu sememangnya tidak betul, aku tiada niat pun nak buat begitu. Aku cuma ingin mencari keselesaan, belajar tanpa tekanan. Sebagai contohnya, pada Tingkatan 3, aku juga berbuat sedemikian, aku turun satu kelas dengan sukarela (kes yang sama) untuk mencari keselesaan. Jadi khabar angin tu tak betul sama sekali. Apa pun, aku berjaya mencari keselesaan dalam kedua-dua situasi dan aku juga alhamdulillah berjaya dalam kedua-dua peperiksaan besar.

Mungkin juga ada yang akan cakap aku ni, pentingkan diri, tak bersyukur. Untuk ni, aku tak tahu nak balas apa. Aku memang bersyukur dengan rezeki yang aku dapat tapi aku cuma mencari yang lebih selesa dengan aku. Dan aku ada peluang untuk berbuat demikian. Bayangkan diri anda seorang pekerja, anda ada peluang untuk naik pangkat. Anda akan ambil peluang tersebut kan? Tak kan lah anda mahu bekerja di posisi yang sama sahaja.

Sampai di sini sahaja lah post aku kali ini.

Till then.

*kisah lama

#kelas #tukar #taklamadah

27.11.12

janji

Assalamualikum.

Seperti nya, aku pernah menulis cerita ini di blog lama aku. Tapi pada hari ini, aku ingin menceritakan lagi perkara ni untuk sentiasa mengingatkan diriku jangan sesekali berbuat demikian. Janji, apa itu janji? Bagi aku, janji ialah sesuatu perkara yang kita mesti akan buat pada masa hadapan ataupun sesuatu perkara yang kita percaya, kita letak seluruh kepercayaan kita kepada perkara tersebut. Agak pening pengertiannya tapi itulah apa yang aku rasa.

Tiada apa-apa yang berlaku yang menyebabkan aku ingin menulis tentang janji, cuma sebagai peringatan kepada sendiri, jangan sesekali memungkiri janji. Sesungguhnya ketika aku tidak matang dahulu, aku pernah menaburkan beberapa janji yang aku tidak mampu lakukan, sesalan nya hingga kini terasa. Tak perlulah cerita dengan lebih lanjut.

Sebagai nasihat aku, kita janganlah mudah membuat janji dengan siapa-siapa sekiranya kita rasa kita tidak mampu melaksanakannya kerana ianya akan menimbulkan kesan negatif terhadap kita dan pihak yang kita membuat janji. Kerana mungkir janji, hubungan kekeluargaan dan "friendship" boleh putus.

Akhir kata, pepatah melayu sikit, lembu dipegang pada tali, mamusia dipegang pada janji.

Till then.

#janji #sesalan #9211

25.11.12

tak susah

Asslamualaikum.

Tepat pukul 6.21 petang, aku masih di perpustakaan (Andersonian Library Strathclyde) menyiapkan segala kerja-kerja yang perlu di hantar pada minggu hadapan. Sudah seharian aku berada di sini, dari pukul 11 pagi lagi. Perut berkeroncong angkara hanya ber-sarapan hari ini. Aku cuma mengambil beberapa minit masa untuk mengemaskini blog ni dek kebosanan melihat nombor-nombor dan tulisan di dalam Microsoft Word.

Aku cuma ingin menceritakan sedikit pengalaman baru hari ini, solat di dalam perpustakaan. Kerana malas pulang ke rumah, aku solat sahaja di sini. Mula-mula perasaan malu tu ada dalam diri, macam-macam perkara bermain di dalam fikiran aku, macam mana kalau orang lain nampak, apa yang orang lain akan fikir dan macam-macam lagi. Tapi tak kan nak tinggal solat, solat itu tiang agama. Jadi aku beranikan diri, aku memang sudah merancang ingin solat di sini dari rumah lagi jadi wuduk sudah siap sedia di ambil dari rumah lagi.

Berjalan-jalan di dalam perpustakaan mencari tempat yang sesuai untuk solat, akhirnya aku menemui satu tempat yang agak sesuai untuk sola, jauh dan tidak mengganggu orang lain. Aku buka perisian Iphone 5 aku untuk mencari arah kiblat. Baju sejuk digunakan sebagai pengganti sejadah. Maka aku mulalah bersolat. Alhamdulillah, aku berjaya solat di sini.

Konklusinya, solat lah anda ketika berada di mana-mana sahaja kerana solat itu perkara wajib sebagai seorang Muslim dan ingatlah solat itu tiang agama. Perut ku berbunyi sekali lagi. Masa untuk meneruskan kerja.

Till then.

#solat #lapar #pengalaman #msa

22.11.12

Fantasi bukan Realiti

Assalamualaikum.

Kadang-kadang disebabkan kita terlalu mahukan sesuatu, kita jadi buta dengan realiti. Kita lebih sukakan fantasi, kita membayangkan benda yang tak pernah kita buat ataupun kita membayangkan perkara yang kita buat untuk/dengan orang lain.

Ada satu insiden ni, aku menceritakan kepada sorang kawan aku ni, perkara yang benar berlaku dalam hidup aku tapi sesungguhnya watak dalam cerita tu ialah orang yang berlainan. Disebabkan masa tu, aku terlalu gembira hidup dalam fantasi itu, aku menceritakan perkara yang pernah berlaku dalam hidup aku tapi dengan watak yang berlainan. Aku sangat "reckless" dengan berbuat demikian. Maafkan aku wahai sahabat ku. Aku tak bermaksud nak berbuat sedemikian tapi keadaan macam membolehkan aku berbuat seperti itu masa tu.

Setelah difikir-fikir, aku rasa itu sahaja cerita yang aku pernah beritahu tapi kebenarannya agak sedikit berlainan. Nasihat aku, kalau kita mahukan sesuatu, kita mestilah tgk realiti, jangan suka berfantasi. Tak baek untuk kesihatan. Hoho.

Part kedua post ni, pesanan buat semua dan diriku. kita merancang, Tuhan yang menentukan. Mesti sudah biasa dengan ayat tersebut kan? Sesungguhnya, sekiranya yang anda telah berusaha bersungguh-sungguh untuk dapatkan sesuatu, In Shaa Allah, Tuhan akan izinkan. Sekiranya benda tu tak seperti yang kita rancang, mungkin Dia ada rancangan yang lebih baik untuk kita pada masa hadapan. Jangan lupa tawakal dengan usaha kita. Sentiasa doakan agar permintaan kita tu ditunaikan.

Till then.

#maaf #realiti #fantasi #rancang #52726

18.11.12

Kawan

Assalamualaikum.

Kawan. Apa sebenarnya maksud nya? Aku pasti setiap daripada kita akan memberikan jawapan yang berbeza. Bagi aku, kawan ni orang yang melengkapkan hidup aku, orang yang aku boleh percaya, orang yang rapat dengan aku.

Kawan baik. Kawan baik aka best friend. Sememangnya semua orang akan cakap kawan yang kita paling rapat. Kawan yang kita boleh simpan rahsia kita. Kawan yang selalu kita akan contact. Kawan yang ada masa kita perlukan dia. Dan macam-macam jawapan lagi.

Kenapa aku tiba-tiba tulis pasal ni? Tiada sebab yang konkrit. Aku cuma mahu menceritakan hidup aku bersama kawan2 aku. Sesetengah orang, bila mereka berada dalam kumpulan kawan yang berlainan, mereka akan berubah personaliti mahupun fizikal. Kadang-kadang aku tak faham kenapa sebab aku tidak mengalaminya. Aku macam inilah, apa yang korang lihat aku, itulah aku. Aku tak pernah berubah personaliti bila berada di mana mana kumpulan kawan pun. Kesimpulannya, jadilah diri anda sendiri.

Apart from that, aku nak cerita la sket pasal kawan2 aku. Sememangnya setelah 20 tahun hidup kat dunia ni, aku ada ramai kawan, kawan baik, member, kenalan dan sebagainya. Bagi aku, kawan-kawan yang aku paling enjoy dengan dorang, semestinya member-member aku dekat kampung dan budak-budak batch aku.

Kalau member-member aku kat kampung, kitaorang akan selalu kuar malam-malam, lepak sampai pukul 1-2 pagi kat kedai kopi. Sembang2 kosong, kadang2 berfaedah. Hehe. Lepas tu seminggu sekali akan main futsal. Aku memang respect la kawan-kawan aku ni sebab kalau aku ada apa-apa masalah je mesti dorang akan tolongnya.

Budak-budak batch aku pun best gak lepak ngan dorang. Since kami sikit je, kami rapat la. Kami akan gurau-gurau dengan term-term kami sendiri yang bila orang lain dengar mmg tak akan faham la. Kadang-kadang cakap2 biasa pun guna term2 tu jadi orang lain tak faham la. Hoho.

Aku ada juga kawan yang aku suka kongsi rahsia, kawan yang aku percaya. Aku juga ada kawan yang bila aku gembira ataupun sedih, orang pertama aku akan beritahu dia. Mungkin dah jadi habit kot sebab dah lama kenal, dah lama jadi kawan baik. (:

Akhir kata, terima kasih kawan-kawan kerana menceriakan hidup aku. Cuma aku nak beritahu sikit, kalau kawan perlukan pertolongan, tolonglah dia, janganlah sisihkan dia.

Till then.

#kawan #sahabat #rakan #lepak

Gembira dan Duka

Assalamualaikum.

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan semoga berjaya kepada junior2 saya, TDP AUST/NZ Micet utk utk final dorang bermula esok. In shaa Allah korang semua akan fly. Nak ceritalah sket, pasal dorang ni, mula2 kenal dorang kat kolej mara kuala nerang tapi x rapat pun kat situ sbb dorang ramai kan, x sempat nak kenal pun semua, cuma sempat rapat dengan 2-3 orang je.

Lepas dorang masuk UniKL micet, barulah lagi rapat dengan dorang semua sebab bilangan dah makin berkurang. Plus boley kenal dorang sebab dorang ni selalu pinjam kete aku dulu. Haha. Yang aku selalu lepak/rapat dulu kat micet, syemer, chong, am, zaza, shahrul, zuhair, syazlan, faizzi, abu, zureen. Ada lagi rasa tapi dah lupa. Sorry. So good luck koranh. Do your best!

Kat sini nak ucap gak, good luck kat TDP UK BATCH 6 utk final sem 1.

Di sebalik kegembiraan ni, ada berita sedih sket, nenek saya meninggal dunia pagi tadi, dalam pukul 4.30 pagi waktu malaysia. Dapat tau daripada my siblings( mula2 dengar mmg terkejut la, mmg xleh nak hide la kesedihan tu tapi kena kuatkan diri la. Aku cuma mampu sedekahkan al-fatihah dan yasin dari sini. Moga2 arwah tergolong dalam golongan2 yang beriman. Amat sedih sebab tak dapat lihat wajah nenek yang saya paling sayang buat kali tetakhir. Kali terakhir tgk, sebelum fly dulu la. Tolong sedekahkan al-fatihah juga kepada nenek saya. Al-fatihah. Thanks.

Till then.

#goodluck #sedih #nenek

17.11.12

keyboard

Assalamualaikum.

Senang cerita, aku dah beli digital music keyboard! Suprise tak? Hahaha. Semua orang mesti fikir pelik kan. Sejak bila la khairy ni main keyboard. Actually, aku sedang belajar main keyboard sekarang, belajar dengan seorang member ni, dia hebat jugak la main keyboard. Kenapa tiba-tiba minat? Sebenarnya, sudah lama minat nak main keyboard/piano, cuma sebelum ni tidak ada orang nak ajar aku. Sebab masa kecik-kecik dulu pun pernah gak main keyboard. Tapi keyboard tu rosak, jadi berhenti kat situ jela dulu main. Sekarang baru ada kesempatan balik untuk main.

Tapi keyboard ni, main untuk masa-masa lapang je, masa-masa bosan. Tak boleh main selalu, nanti taksub, banyak lagi benda lain nak kena belajar. Pelajaran mesti diutamakan. Kalau gred rendah nanti, nak salahkan siapa? salahkan diri sendiri la.

Yamaha YPT-220, my new wife! 


Di sebalik kegembiraan ini juga, saya memohon anda semua supaya anda menggunakan masa anda selama beberapa minit selepas solat untuk mendoakan untuk saudara-saudara kita di Gaza. Mereka memerlukan pertolongan kita, walaupun kita tak dapat membantu mereka secara dekat, kita dapat membantu mereka secara jauh. Sesungguhnya Allah SWT akan menolong umatnya yang dalam kesusahan. In sha Allah.

Till then.

#keyboard #stillfever #prayforGaza #7months

16.11.12

Malas

Assalamualaikum.

Post kali ni, aku nak bercakap soal kehidupan aku di sini sejak dua menjak ni. Aku tak tau la apa dah jadi dengan aku. Malas je memanjang. Study pun jarang sekali. Setakat menyiapkan tutorial je, mcm mne nk score tinggi2 kalau mcm ni khairy. Lagipun aku jadi bertambah malas ni sbb keadaan badan aku sekarang. Dah masuk 5 hari, tak sembuh2 lagi demam aku ni. Macam2 ubat dah aku try tapi semua macam tak de effect je. Hurmmmmm. Doakan aku sembuh cepat ye. Korang semua mesti penah rasa kan, kalau badan rasa tak best mesti nak study pun rasa malas. Kan?

Secondly, something yang ada dalam wishlist aku dah aku sempurnakan. Sebenarnya sejak dari kecil lagi simpan minat nak main benda ni. Sekarang baru boley nak main. Hehe. Cuba teka apa benda. Kalau nak tahu tunggu next post la. Aku post specially pasal benda ni.

#stillfever #tensen #malas

15.11.12

Perjalanan Bermula

assalamualaikum.



di sini bermulalah perjalanan baru aku sebagai seorang blogger di blog yang baru ni. kerana blog yang sebelum ini, all-about-khairy.co.cc mengalami sedikit masalah teknikal. sesungguhnya, blog tu meninggalkan banyak kenangan kepada aku. tapi apakan daya, tak dapat diselamatkan. tapi, aku rasa ini lah masa yang terbaik untuk aku melupakan segala memori pahit yang aku tulis dalam blog tu dengan berpindah ke satu blog yang lain. ak harap blog ini dapat memanfaatkan orang lain juga. tapi aku tidak akan menukar cara penulisan dan isi kandungan blog aku kerana aku lebih selesa begitu. tapi mungkin blog ini akan lebih menceritakan perkara-perkara yang lebih berfaedah selain isi hati aku. aku juga berharap, dengan blog baru ini, aku dapat meneruskan hidup ini dengan lebih bagus. 

itu sahaja dari aku. mungkin post pertama ini agak formal. jangan bimbang, selepas ini aku akan menulis blog aku seperti biasa kerana agak janggal menulis sebegini. terasa seperti seorang penulis novel. ayatnya berbunga-bunga sekali. tanpa smiley, tanpa haha, tanpa hehe. agak pelik sebenarnya ini. baiklah, sebelum aku merapu lagi panjang. aku ingin mengucapkan;


SELAMAT DATANG
ke
ichi80ichi.blogspot.co.uk



#fever #flu #cough #homesick #maybe