25.11.12

tak susah

Asslamualaikum.

Tepat pukul 6.21 petang, aku masih di perpustakaan (Andersonian Library Strathclyde) menyiapkan segala kerja-kerja yang perlu di hantar pada minggu hadapan. Sudah seharian aku berada di sini, dari pukul 11 pagi lagi. Perut berkeroncong angkara hanya ber-sarapan hari ini. Aku cuma mengambil beberapa minit masa untuk mengemaskini blog ni dek kebosanan melihat nombor-nombor dan tulisan di dalam Microsoft Word.

Aku cuma ingin menceritakan sedikit pengalaman baru hari ini, solat di dalam perpustakaan. Kerana malas pulang ke rumah, aku solat sahaja di sini. Mula-mula perasaan malu tu ada dalam diri, macam-macam perkara bermain di dalam fikiran aku, macam mana kalau orang lain nampak, apa yang orang lain akan fikir dan macam-macam lagi. Tapi tak kan nak tinggal solat, solat itu tiang agama. Jadi aku beranikan diri, aku memang sudah merancang ingin solat di sini dari rumah lagi jadi wuduk sudah siap sedia di ambil dari rumah lagi.

Berjalan-jalan di dalam perpustakaan mencari tempat yang sesuai untuk solat, akhirnya aku menemui satu tempat yang agak sesuai untuk sola, jauh dan tidak mengganggu orang lain. Aku buka perisian Iphone 5 aku untuk mencari arah kiblat. Baju sejuk digunakan sebagai pengganti sejadah. Maka aku mulalah bersolat. Alhamdulillah, aku berjaya solat di sini.

Konklusinya, solat lah anda ketika berada di mana-mana sahaja kerana solat itu perkara wajib sebagai seorang Muslim dan ingatlah solat itu tiang agama. Perut ku berbunyi sekali lagi. Masa untuk meneruskan kerja.

Till then.

#solat #lapar #pengalaman #msa

No comments:

Post a Comment