31.12.12

2012

Assalamualaikum.

Setelah membaca blog-blog rakan ku, tergerak juga hati ku ingin menulis apa yang telah jadi pada diri ku pada tahun 2012. Aku tidak mampu menulis nya secara terperinci kerana aku tak pernah mencatat apa yang berlaku dalam hidup secara terperinci. Hanya di blog ku yang lama aku mencatat apa yang berlaku pada diri ku tapi memandangkan blog itu telah hilang, aku hanya menulis ini berdasarkan memori aku.

Januari, permulaan 2012 aku normal seperti orang-orang lain, berazam untuk buat itu dan ini, sampai satu masa, aku pun dah lupa apa azam aku. Tapi apa yang aku ingat, ada satu azam aku ialah untuk terbang pada september 2012. Bulan januari juga permulaan semester 2 di UniKL MICET. Bulan ni juga di mana junior-junior aku TDP Aust NZ mendaftarkan diri mereka ke MICET. Bulan ni juga di mana aku mula rapat dengan mereka. Bulan ni juga aku menyambut hari jadi aku bersama kawan-kawan se-batch MICET UK.

Februari, memang aku tak ingat apa berlaku pada bulan ni. Mungkin hari-hari ku hanyalah di penuhi dengan pergi dan pulang ke kelas di samping menghabiskan duit di negeri Melaka dan berhujung minggu bersama "lab report".

Mac, perkara yang aku ingat pada bulan ini ialah aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar kawan sekolah aku ke Jepun tatkala dia berjaya menyambung pelajarannya di sana. Ini merupakan kali pertama aku ke KLIA untuk menghantar sesiapa ke luar negara. Seingat aku, hari dia terbang ke negeri matahari terbit itu pada hari Khamis, aku pandu kereta kancil ku dari Melaka ke KL selepas tamat kelas dan ke Gombak dahulu sebelum ke KLIA untuk mengambil beberapa kawan-kawan ku di sana. Sesampai nya aku di KLIA, selepas melihat suasana orang nak terbang ni membuatkan aku lebih bersemangat untuk terbang. Malam tu, kami ber-overnight di Alamanda, Putrajaya. Nasib aku tak ada kelas hari Jumaat tu. Bulan ni juga berlangsung, Piala Azanam Shah di UniKL MICET, di mana aku mewakilkan diri aku untuk main basketball, walaupun tak berjaya mendapat trofi tapi berjaya menang satu perlawanan merupakan satu "achievement" yang besar bagi aku.

April, bulan yang biasa bagi seorang pelajar. Mungkin tiada apa yang menarik berlaku pada bulan ini ataupun mungkin aku sudah lupa. Tak silap aku, pada bulan ini, cermin kereta kancil aku dipecahkan orang masa keluar ke Melaka. Mula-mula agak cuak sebab kali pertama benda-benda macam ni berlaku kepada aku tanpa pengetahuan kedua ibu bapa aku tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Mei, merupakan bulan yang sangat aku takut. Aku takut aku tak dapat nak jawab "final exam" dengan yakin. Tapi dengan berkat doa kedua ibu bapa aku dan usaha aku, alhamdulillah Allah membantu aku semasa final exam tersebut. Mungkin ada satu paper aku tak yakin dapat lulus atau tidak tapi alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana aku berjaya lulus untuk paper tu. Pada bulan ni juga, aku menghadiri kem BTN dan banyak ilmu baru aku belajar di sana.

Jun - Julai, bermulalah bulan menjadi seorang penganggur. Dalam antara dua bulan ni juga aku dapat tahu, aku dapat terbang ke UK. Perasaan yang sangat tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bonda ku yang tersayang pun mengeluarkan tangisan kegembiraan. Aku juga menghadiri kelas Mathcad di UniKL MICET bersama rakan-rakan MICET dan juga beberapa orang dari BMI. Mula berpuasa pada bulan Julai. Menghabiskan cuti bersama rakan-rakan ku yang berada di kampung.

Ogos, bulan ni merupakan bulan aku ke Sabah bersama beberapa kawan aku untuk bercuti. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar semenanjung malaysia. Sememangnya, sabah merupakan satu tempat yang aku "recommend" untuk melawat. Sambut hari raya bersama keluarga dan rakan-rakan. akhir-akhir bulan ni juga, aku dah mula menyibukkan diri untuk menyiapkan bermacam-macam benda untuk ke UK.

September, impian sememangnya menjadi kenyataan. Kali pertama aku keluar daripada Malaysia untuk ke Kota Glasgow, di mana aku akan meneruskan pengajiannya ku di sini selama 3 tahun di University of Strathclyde. Aku berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar Strathclyde pada 17 September 2012. Jumpa ramai kawan baru kat sini.

Oktober, aku mewakilkan diri untuk main futsal di Edinburgh Games. Kali pertama keluar dari Glasgow.

November, jadi volunteer untuk Nottingham Games sebagai security. Dapat jumpa kawan-kawan sebatch aku kat sini. Kali pertama aku tengok orang malaysia seramai ni di UK. Terpegun kerana ramai anak muda berjaya menyambung pelajaran kat sini.

Disember, pada bulan ni, macam-macam tempat aku pergi, mula-mula aku ke Leeds, lepas tu Amsterdam dan London. Macam-macam orang aku jumpa dan macam-macam tempat aku lawat. Tapi tempat yang paling best ialah Platform 9 3/4 kat London King Cross. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu tapi bila aku fikir London, mesti aku akan ingat aku pernah pergi situ.

*kesimpulannya, macam-macam benda/perasaan aku alami pada tahun 2012 ni. Terima kasih kerana sudi membaca post yang bosan ni. Pada tahun ni juga aku belajar sesuatu, kita tak boleh ubah perasaan seseorang dan kita tak boleh paksa seseorang buat keputusan. Tapi aku sangat bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati aku untuk berfikiran seperti itu dan sesungguhnya Dia telah tunjuk kepada aku bahawa aku telah buat satu keputusan yang salah. Always remember Him wherever you are or in wahtever state you are.

Till then. Welcome 2013.

#2012

29.12.12

alone

Assalamualaikum.

Ever since I entered Kolej MARA Kuala Nerang, I used to study with my friends, it's quite fun and helpful cause when you can't understand something, you can ask your friend, he/she will explain it for you. You can also talk with them whenever you felt bored or in need of little rest from studying. But here, it's really hard, studying alone makes me really lonely? It's really hard to study alone, whenever you didn't understand something, you need to read it again and again to understand it, nobody can't help you cause you're alone. It's makes me really frustrated.

Sometimes I just feel like I wanna quit this and go home. BM. Tapi kalau aku buat tu, aku mesti akan rasa menyesal seumur hidup aku sebab aku telah mensia-siakan peluang yang telah diberikan oleh Allah kepada aku. Jadi apa-apa pun terjadi, aku mesti belajar kerana aku tidak mahu menghampakan semua orang yang telah menyokong diri aku sejak kecil lagi terutamanya mama dan papa. Mereka lah antara sebab aku tak pernah putus asa, aku sentiasa berusaha kerana aku tahu, aku tak mampu menghampakan mereka dan aku tak mampu balas jasa mereka terhadap aku dengan benda lain, hanya dengan pelajaran aku mampu buat mereka bangga.

Cuma itulah, kadang-kadang bila anda berseorangan, macam-macam anda akan fikir. InshaAllah, aku akan cuba yang terbaik, aku akan cuba dapat markah yang terbaik untuk final semester 1 year 3 exam nanti. Harap-harap korang dapat doakan aku.

This song by Najwa Latif really help me. adaMu . I am sure He will help me. :)

Till then.

#exam #adaMu #alone

28.12.12

impian aku

Assalamualaikum.

Setiap daripada kita mesti ada destinasi yang sangat-sangat kita ingin lawati di bumi ini. Destinasi yang menjadi idaman kita sejak dari kecil lagi, destinasi yang kita hanya selalu lihat dalam televisyen, majalah dan surat khabar. Aku pun tak lari daripada ada perasaan macam tu. Dalam diri aku, ada satu tempat yang aku sangat ingin lawati. Aku tak tahu apa sebab konkrit yang menjadikan aku tersangat ingin ke sana, mungkin ni merupakan impian aku sejak dari kecil untuk melihat negara orang.

Dulu-dulu, masa kecik ada dua tempat yang aku impikan untuk pegi disebabkan pengaruh persekitaran. Alhamdulillah, satu dari tempat tu, aku dah berjaya menjejakkan kaki dan sedang "exploring" negara tersebut. Tapi satu lagi tu, inshaAllah, aku akan jejakkan diri ke sana satu hari nanti. Melihat kawan-kawan aku yang sudah berjaya menjejakkan kaki ke sana, buat aku rasa cemburu kadang kala tapi aku sangat bersyukur sebab aku maseh ada peluang untuk ke sana suatu hari nanti jika diizinkan dan Dia telah menyempurnakan salah satu impian aku. Alhamdulillah.

Mesti orang yang baca post ni akan tertanya-tanya apakah kedua-dua tempat tersebut. Jawapannya, satu mungkin anda tahu tapi satu lagi biarlah menjadi rahsia. Sesiapa juga yg tahu, silalah rahsia kan jawapannya. Hehe. Bila aku sampai ke sana nanti, barulah aku akan bagi jawapannya. Doakan aku berjaya ke sana ye.

Till then.

Khairy Khasimi

#destinasi #idaman #52726

25.12.12

wang

Assalamualaikum.

Dengan berbekalkan nyawa yang dipinjamkan kepada aku oleh Allah dan MacBook kepunyaan kawan aku, Syahin. Boleh lawat blognya di sini , aku mampu menulis lagi. Kali ini aku mahu menulis tentang sesuatu yang selalu berkisar dalam hidup kita dan sesuatu yang boleh membuatkan kita boleh daripada kawan kepada lawan dan keluarga kepada musuh. Perkara itu adalah wang, wang boleh menjadikan kita macam-macam, benda yang kadang-kadang tak pernah kita terfikir.

Tipulah kalau ada orang cakap, dia tak perlukan duit untuk hidup kerana setiap benda di dalam hidup ini perlukan wang. Nak masuk tandas pun kena bayar sekarang ni. Kan? Pada penglihatan aku, setiap manusia darsawarsa ini setiap hari gigih bekerja untuk mencari rezeki (duit). Perkara ini sesautu yang bagus kerana kita ikhlas bekerja untuk mencari rezeki untuk digunakan untuk diri sendiri, keluarga dan saudara-mara.

Tapi kadang-kadang kita selalu dengar perkara wajib yang dilakukan oleh kita sebagai orang Islam ditinggalkan kerana perkerjaan. Kita leka mengejar kemewahan dunia tanpa memikirkan apa yang akan berlaku di akhirat kelak. Sesungguhnya, janganlah kita jadi seperti ini. Kita mestilah stabil antara duniawi dan ukhrawi.

Sampai di sini sahaja post kali ini.

Till then.

From London:
Khairy Khasimi

#duit #wang

17.12.12

Aku bersyukur

Assalamualaikum.

Sekarang aku dalam satu gerabak keretapi menuju ke Leeds. Ya, cuti semester aku dah bermula jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menjelajah ke serata UK. Walaubagaimanapun, final exam belum aku tempuhi. Sistem di sini agak berlainan, mereka bagi cuti dahulu sebelum exam. Jadi cuti tak rasa cuti sangat dek kerana memikirkan subjek-subjek yang belum di ulangkaji.

Setakat ni, kosong, aku belum mengulangkaji pelajaran, betapa malasnya aku, 2-3 hari sebelum ni, alu habeskan masa aku dengan perkara-perkara yang tak berfaedah (online & main games). Apa lah nak jadi dengan diri aku. Semakin hari semakin malas. Perlu berubah secepat mungkin.

Alamak, telefon no service. Tak boleh post lagi lah. Jadi, teruskan menulis. Setelah beberapa bulan berada di sini, aku rasa aku baru mengerti erti sebenar sayangkan tanah air. Bila anda berada di negara orang, semestinya budaya dan cara hidupnya berlainan. Daripada suhu sekitar hinggalah cara pemakanan. Setiap hari menelan air liur melihat kawan-kawan di tanah air memuat naik gambar-gambar makanan yang dulunya aku buat endah tak endah di Instagram. Kini, baru aku tahu erti susahnya nak cari makanan malaysia di sini. Baru aku tahu erti betapa mudahnya nak makan di malaysia.

Perbezaan masa antara uk dan malaysia. 7 jam beza masanya. Kawan-kawan aku di facebook dan twitter ucap selamat pagi, aku baru ingin melelapkan mata untuk tidur. Aku baru sahaja bangun tidur, kedengaran azan maghrib melalui siaran radio malaysia yang sering ku dengari di sini. Kadang-kadang terasa jetlag tapi apakan daya demi masa hadapan, aku kuatkan diri.

Banyak lagi kalau mahu diceritakan tapi despite semua ni, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang untuk mengenali negara orang. Aku sangat bersyukur kerana Dia telah menunaikan impian aku sejak kecil untuk belajar di sini. Aku juga sangat bersyukur kerana di beri peluang keemasan ini untuk belajar budaya dan cara hidup di negara orang. Sesungguhnya ambil yang jernih, buang yang keruh.

Till then.

#syukur #rungutan #sayalhamdulillah

Khairy Khasimi

11.12.12

pilihlah kegembiraan

Assalamualaikum.

Buat apa dalam hidup ni nak rasa sedih? Kenapa kita pilih untuk rasa sedih dan kecewa? Sedangkan kita ada pilihan untuk hidup gembira. Kan? Aku cuma ingin berkongsi sedikit cerita di sini kepada sesiapa yang sedang berasa sedih dan kecewa dalam apa jua situasi pun.

Tak salah untuk mempunyai rasa sayang dan cinta kepada seseorang kerana "that's our nature as a human being". Tapi kita ada pilihan sama ada untuk luahkan perasaan sayang dan cinta itu kepada orang tu ataupun tidak? Sekiranya kita luahkan perasaan kita, kita mesti lah menerima apa juga keputusannya sama ada jangka masa panjang atau pendek. Kita mungkin bahagia sementara tapi merana kemudian hari. Nasihat aku, apa kata kita luahkan semua perasaan sayang dan cinta tu kat Allah SWT, ibu bapa, adik-beradik dan kawan-kawan kita. Allah SWT dan mereka tidak mungkin akan kecewa kan kita. Nak minta pertolongan, kita ada Allah SWT, mintaklah apa jua kat dia, in shaa Allah, dia akan bantu kita. Janganlah kita terlalu mengharapkan seseorang yang tak pasti sama ada kita ada masa depan dengan dia. Yang pasti, in shaa Allah kita ada masa depan dengan ibu bapa / keluarga kita. Di usia kita yang masih muda ni, tak perlulah mencari cinta yang tak pasti, carilah cinta yang hakiki. Bila tiba masa nanti, in shaa Allah kita akan bertemu jodoh kita.

Setelah beberapa kesilapan yang aku lakukan sebelum ini, baru aku sedar, aku lebih gembira tanpa berharap kat siapa-siapa. Perasaan dan sayang tu aku simpan dulu untuk masa hadapan. Muda sekali sahaja, aku mahu melawat tempat-tempat yang tak pernah aku lawati dulu sebelum fikir pasal semua benda yang tak pasti ni. Aku sedar, mereka (keluarga dan kawan-kawan) selalu buat aku gembira, walaupun sebesar masalah mana pun aku ada, mereka akan sentiasa buat aku tersenyum. Alhamdulillah, aku sangat bersyukur kepada Allah SWT kerana mereka hadir dalam hidup aku.

Till then.

#homesick #rindu #mamadanpapa

7.12.12

move on

Assalamualaikum.

Short post, tentang kehidupan kita, lebih spesifik lagi, kehidupan aku.

"Move on", satu perkara yang sangat senang/susah pada seseorang. Dalam hidup aku, move on ni lah perkara paling susah untuk aku lakukan sebab memang susah untuk kita lupakan sesuatu, sesuatu yang kadang-kadang kita menaruh harapan yang besar.

Tapi kadang-kadang disebabkan keadaan memaksa, kita perlu jugak move on sebab kalu kita tak move on akan memudaratkan diri sendiri. Kadang-kadang berharap pada sesuatu yang tak pasti tu bagus tapi impak negatifnya lagi menonjol. Banyak "what if" boleh keluar bila kita berharap pada sesuatu yang tak pasti.

p/s: berhentilah memberi peluang kedua kepada seseorang kerana kat luar sana ada orang yang sedang menanti peluang pertamanya.

Till then.

#move #on #6months

3.12.12

hari jadi

Assalamualaikum.

Dia ni salah seorang kawan baik aku. Aku kenal dia masa buat Foundation in Science and Technology (FiST) kat Kolej MARA Kuala Nerang dulu. Mula-mula macam takut gak la nak kenal sebab budak Royal Military College (RMC) kan. Nampak macam tak peramah je mula2, first impression, biasa la tu. Hahaha. Tapi bila lama-lama lepak dengan dia ni, rasa macam banyak plak benda "in common". Rasa macam perjalanan hidup aku dengan dia ni lebih kurang je.

Perkara yang lebih buat kami jadi rapat, sebab kami ada kawan yang sama di institusi pengajian lain pada masa tu, pelik kan ayat ni? Ceritanya macam ni, aku ada sorang kawan kat salah satu IPT kat malaysia pada masa tu, dia pun ada juga kawan kat IPT yang sama. Bila ditanya-tanya, rupa-rupanya kawan aku tu kawan dengan kawan dia, in fact best friend. Masa tu la baru terfikir, kecil nya dunia ni. Kami banyak rancangan nak buat, nak pergi sana, nak pergi sini. Nak buat tu, nak buat ni. Aku pun masa kat KMKN dulu, banyak belajar dengan dia, terutamanya dalam pelajaran, banyak je tiru tutorial dia. Haha.

Kenapa aku tulis pasal dia ni? Hari ni bufday dia, sebagai kawan, aku ingin tujukan post ni istimewa kepada Mohamad Syahin bin Zaini. Moga-moga ko dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Moga-moga jumpa jodoh awal. Aku boleh je nak jadi pengapit ko! Haha.


Syahin yang belah paling kanan, guna gambar yang skema sket la. Haha. Cakap pasal hari jadi, teringat aku pasal bufday prank yang korang buat kat aku dulu, masa kat KMKN. Adoi, air stokin ngan telur busuk korang simbah atas aku. Tak pasal-pasal kena mandi buat kali ketiga hari tu. Tak expect pun korang nak buat prank macam tu sebab kali pertama dalam hidup aku kena macam tu. Tapi its really fun! Hehe.

Seronok juga, menulis tentang kawan-kawan kita ni. Mungkin selepas ini, post-post aku akan aku lebih banyak cerita tentang keluarga dan kawan-kawan aku. Selamat hari jadi juga kepada Syed Hilmi, kebetulan hari jadi dia sama dengan Syahin.

Till then.

#birthday #prank


1.12.12

buang

Assalamualaikum.

Ego. Bangga diri. Rasa hebat. Perasan lebih. Bajet power. Kelima-lima perkara ni dan yang sewaktu dengannya, kita mestilah elakkan ada dalam diri kita. Kenapa? Kerana perkara ini akan melibatkan orang lain rasa tidak puas hati.

Selama 20 tahun aku hidup, aku telah cuba sedaya upaya untuk elakkan perasaan-perasaan tersebut. Aku mungkin pernah sekali sekala terbuat tanpa sedar tapi aku cuma manusia. Kadang-kadang aku juga melakukan kesilapan.

Nasihat aku cuma, kita mungkin tak berniat nak buat macam tu tapi kadang-kadang orang lain akan terasa dengan tindakan kita. Sebagai contohnya, kita janganlah suka menunjukkan kekayaan yang kita ada ataupun menunjukkan perkara yang kita ada tapi tidak ada pada mereka. Bagi aku, kalau sekali sekala tu, tak apa lah, tapi kalau setiap hari kita lakukan perkara tersebut, orang lain mungkin akan menerima impak negatifnya.

Walaupun, niat kita ingin berkongsi kegembiraan ataupun apa-apa niat murni yang lain tapi kita juga perlu fikir tentang orang lain. Cuba letakkan diri kita dalam kasut mereka. Cuba jadi mereka. Apa yang kita akan rasa sekiranya kita berada di tempat mereka.

Aku cuma berkongsi pendapat, sekali lagi aku ulang, bagi aku, sekali sekala tu boleh lah tapi janganlah setiap hari. Sekiranya aku ada salah silap, sila betulkan aku. Post ini tidak ditujukan kepada sesiapa, cuma berdasarkan pemerhatian aku semenjak dua menjak ni.

Till then.

#ego #elakkan