17.12.12

Aku bersyukur

Assalamualaikum.

Sekarang aku dalam satu gerabak keretapi menuju ke Leeds. Ya, cuti semester aku dah bermula jadi aku mengambil kesempatan ini untuk menjelajah ke serata UK. Walaubagaimanapun, final exam belum aku tempuhi. Sistem di sini agak berlainan, mereka bagi cuti dahulu sebelum exam. Jadi cuti tak rasa cuti sangat dek kerana memikirkan subjek-subjek yang belum di ulangkaji.

Setakat ni, kosong, aku belum mengulangkaji pelajaran, betapa malasnya aku, 2-3 hari sebelum ni, alu habeskan masa aku dengan perkara-perkara yang tak berfaedah (online & main games). Apa lah nak jadi dengan diri aku. Semakin hari semakin malas. Perlu berubah secepat mungkin.

Alamak, telefon no service. Tak boleh post lagi lah. Jadi, teruskan menulis. Setelah beberapa bulan berada di sini, aku rasa aku baru mengerti erti sebenar sayangkan tanah air. Bila anda berada di negara orang, semestinya budaya dan cara hidupnya berlainan. Daripada suhu sekitar hinggalah cara pemakanan. Setiap hari menelan air liur melihat kawan-kawan di tanah air memuat naik gambar-gambar makanan yang dulunya aku buat endah tak endah di Instagram. Kini, baru aku tahu erti susahnya nak cari makanan malaysia di sini. Baru aku tahu erti betapa mudahnya nak makan di malaysia.

Perbezaan masa antara uk dan malaysia. 7 jam beza masanya. Kawan-kawan aku di facebook dan twitter ucap selamat pagi, aku baru ingin melelapkan mata untuk tidur. Aku baru sahaja bangun tidur, kedengaran azan maghrib melalui siaran radio malaysia yang sering ku dengari di sini. Kadang-kadang terasa jetlag tapi apakan daya demi masa hadapan, aku kuatkan diri.

Banyak lagi kalau mahu diceritakan tapi despite semua ni, aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi aku peluang untuk mengenali negara orang. Aku sangat bersyukur kerana Dia telah menunaikan impian aku sejak kecil untuk belajar di sini. Aku juga sangat bersyukur kerana di beri peluang keemasan ini untuk belajar budaya dan cara hidup di negara orang. Sesungguhnya ambil yang jernih, buang yang keruh.

Till then.

#syukur #rungutan #sayalhamdulillah

Khairy Khasimi

1 comment:

  1. must visit york when u r around leeds. hehe..have fun yeah!:D

    ReplyDelete