31.12.12

2012

Assalamualaikum.

Setelah membaca blog-blog rakan ku, tergerak juga hati ku ingin menulis apa yang telah jadi pada diri ku pada tahun 2012. Aku tidak mampu menulis nya secara terperinci kerana aku tak pernah mencatat apa yang berlaku dalam hidup secara terperinci. Hanya di blog ku yang lama aku mencatat apa yang berlaku pada diri ku tapi memandangkan blog itu telah hilang, aku hanya menulis ini berdasarkan memori aku.

Januari, permulaan 2012 aku normal seperti orang-orang lain, berazam untuk buat itu dan ini, sampai satu masa, aku pun dah lupa apa azam aku. Tapi apa yang aku ingat, ada satu azam aku ialah untuk terbang pada september 2012. Bulan januari juga permulaan semester 2 di UniKL MICET. Bulan ni juga di mana junior-junior aku TDP Aust NZ mendaftarkan diri mereka ke MICET. Bulan ni juga di mana aku mula rapat dengan mereka. Bulan ni juga aku menyambut hari jadi aku bersama kawan-kawan se-batch MICET UK.

Februari, memang aku tak ingat apa berlaku pada bulan ni. Mungkin hari-hari ku hanyalah di penuhi dengan pergi dan pulang ke kelas di samping menghabiskan duit di negeri Melaka dan berhujung minggu bersama "lab report".

Mac, perkara yang aku ingat pada bulan ini ialah aku ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk menghantar kawan sekolah aku ke Jepun tatkala dia berjaya menyambung pelajarannya di sana. Ini merupakan kali pertama aku ke KLIA untuk menghantar sesiapa ke luar negara. Seingat aku, hari dia terbang ke negeri matahari terbit itu pada hari Khamis, aku pandu kereta kancil ku dari Melaka ke KL selepas tamat kelas dan ke Gombak dahulu sebelum ke KLIA untuk mengambil beberapa kawan-kawan ku di sana. Sesampai nya aku di KLIA, selepas melihat suasana orang nak terbang ni membuatkan aku lebih bersemangat untuk terbang. Malam tu, kami ber-overnight di Alamanda, Putrajaya. Nasib aku tak ada kelas hari Jumaat tu. Bulan ni juga berlangsung, Piala Azanam Shah di UniKL MICET, di mana aku mewakilkan diri aku untuk main basketball, walaupun tak berjaya mendapat trofi tapi berjaya menang satu perlawanan merupakan satu "achievement" yang besar bagi aku.

April, bulan yang biasa bagi seorang pelajar. Mungkin tiada apa yang menarik berlaku pada bulan ini ataupun mungkin aku sudah lupa. Tak silap aku, pada bulan ini, cermin kereta kancil aku dipecahkan orang masa keluar ke Melaka. Mula-mula agak cuak sebab kali pertama benda-benda macam ni berlaku kepada aku tanpa pengetahuan kedua ibu bapa aku tapi alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Mei, merupakan bulan yang sangat aku takut. Aku takut aku tak dapat nak jawab "final exam" dengan yakin. Tapi dengan berkat doa kedua ibu bapa aku dan usaha aku, alhamdulillah Allah membantu aku semasa final exam tersebut. Mungkin ada satu paper aku tak yakin dapat lulus atau tidak tapi alhamdulillah, aku sangat bersyukur kerana aku berjaya lulus untuk paper tu. Pada bulan ni juga, aku menghadiri kem BTN dan banyak ilmu baru aku belajar di sana.

Jun - Julai, bermulalah bulan menjadi seorang penganggur. Dalam antara dua bulan ni juga aku dapat tahu, aku dapat terbang ke UK. Perasaan yang sangat tidak boleh digambarkan dengan kata-kata. Bonda ku yang tersayang pun mengeluarkan tangisan kegembiraan. Aku juga menghadiri kelas Mathcad di UniKL MICET bersama rakan-rakan MICET dan juga beberapa orang dari BMI. Mula berpuasa pada bulan Julai. Menghabiskan cuti bersama rakan-rakan ku yang berada di kampung.

Ogos, bulan ni merupakan bulan aku ke Sabah bersama beberapa kawan aku untuk bercuti. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki ke luar semenanjung malaysia. Sememangnya, sabah merupakan satu tempat yang aku "recommend" untuk melawat. Sambut hari raya bersama keluarga dan rakan-rakan. akhir-akhir bulan ni juga, aku dah mula menyibukkan diri untuk menyiapkan bermacam-macam benda untuk ke UK.

September, impian sememangnya menjadi kenyataan. Kali pertama aku keluar daripada Malaysia untuk ke Kota Glasgow, di mana aku akan meneruskan pengajiannya ku di sini selama 3 tahun di University of Strathclyde. Aku berjaya mendaftarkan diri sebagai pelajar Strathclyde pada 17 September 2012. Jumpa ramai kawan baru kat sini.

Oktober, aku mewakilkan diri untuk main futsal di Edinburgh Games. Kali pertama keluar dari Glasgow.

November, jadi volunteer untuk Nottingham Games sebagai security. Dapat jumpa kawan-kawan sebatch aku kat sini. Kali pertama aku tengok orang malaysia seramai ni di UK. Terpegun kerana ramai anak muda berjaya menyambung pelajaran kat sini.

Disember, pada bulan ni, macam-macam tempat aku pergi, mula-mula aku ke Leeds, lepas tu Amsterdam dan London. Macam-macam orang aku jumpa dan macam-macam tempat aku lawat. Tapi tempat yang paling best ialah Platform 9 3/4 kat London King Cross. Aku tak tahu kenapa aku rasa macam tu tapi bila aku fikir London, mesti aku akan ingat aku pernah pergi situ.

*kesimpulannya, macam-macam benda/perasaan aku alami pada tahun 2012 ni. Terima kasih kerana sudi membaca post yang bosan ni. Pada tahun ni juga aku belajar sesuatu, kita tak boleh ubah perasaan seseorang dan kita tak boleh paksa seseorang buat keputusan. Tapi aku sangat bersyukur kerana Allah telah membuka pintu hati aku untuk berfikiran seperti itu dan sesungguhnya Dia telah tunjuk kepada aku bahawa aku telah buat satu keputusan yang salah. Always remember Him wherever you are or in wahtever state you are.

Till then. Welcome 2013.

#2012

2 comments: