1.12.12

buang

Assalamualaikum.

Ego. Bangga diri. Rasa hebat. Perasan lebih. Bajet power. Kelima-lima perkara ni dan yang sewaktu dengannya, kita mestilah elakkan ada dalam diri kita. Kenapa? Kerana perkara ini akan melibatkan orang lain rasa tidak puas hati.

Selama 20 tahun aku hidup, aku telah cuba sedaya upaya untuk elakkan perasaan-perasaan tersebut. Aku mungkin pernah sekali sekala terbuat tanpa sedar tapi aku cuma manusia. Kadang-kadang aku juga melakukan kesilapan.

Nasihat aku cuma, kita mungkin tak berniat nak buat macam tu tapi kadang-kadang orang lain akan terasa dengan tindakan kita. Sebagai contohnya, kita janganlah suka menunjukkan kekayaan yang kita ada ataupun menunjukkan perkara yang kita ada tapi tidak ada pada mereka. Bagi aku, kalau sekali sekala tu, tak apa lah, tapi kalau setiap hari kita lakukan perkara tersebut, orang lain mungkin akan menerima impak negatifnya.

Walaupun, niat kita ingin berkongsi kegembiraan ataupun apa-apa niat murni yang lain tapi kita juga perlu fikir tentang orang lain. Cuba letakkan diri kita dalam kasut mereka. Cuba jadi mereka. Apa yang kita akan rasa sekiranya kita berada di tempat mereka.

Aku cuma berkongsi pendapat, sekali lagi aku ulang, bagi aku, sekali sekala tu boleh lah tapi janganlah setiap hari. Sekiranya aku ada salah silap, sila betulkan aku. Post ini tidak ditujukan kepada sesiapa, cuma berdasarkan pemerhatian aku semenjak dua menjak ni.

Till then.

#ego #elakkan

No comments:

Post a Comment