17.1.13

21 dan duit??

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, umur aku dah semakin bertambah, aku sangat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana telah meminjam kan kepada aku nyawa selama 21 tahun ini untuk aku melihat kebesaran Mu di muka bumi ini. Aku juga sangat bersyukur kerana telah dilahirkan di dunia ini oleh mama dan papa dan atas hasil usaha mereka selama 21 tahun membesarkan aku di dunia ini, segala titik peluh mereka menjaga aku, melayan segala kerenah aku, aku sangat sangat berterima kasih. Aku tahu aku tak mampu membalas segala yang mereka korbankan untuk aku tapi inshaAllah akan aku berusaha untuk jadi seorang anak yang soleh. Terima kasih juga kepada semua yang menyokong aku, membantu aku selama 21 tahun ini, tak kiralah adik beradik, saudara mara mahupun kawan2. Aku sangat bersyukur kerana aku ada mereka. Apa2 pun, aku tahu semakin umur aku meningkat, semakin hampir aku dengan kiamat dunia. Jadi, inshaAllah, akan aku ambil peluang yang diberikan Mu ini untuk membaiki lagi diri aku agar aku berada di landasan Mu. :D

Aku juga ingin mempromosikan satu video ini, yang aku nampak macam menarik je. Sila tonton. :P


Harap2, video ini dapat beri manfaat kepada anda semua.

Till then.

1 comment:

  1. Kry...HB! Have a wonderful life ahead..full of happiness and His blessing. Anyway..keep up ur good work. Great vid! :D

    ReplyDelete