12.7.13

matahari terbit

Assalamualaikum.

Sudah beberapa hari aku pulang ke tanah air selepas menghabiskan 8 hari di bumi yg aku impi-impikan utk menjejakkan kaki satu ketika dulu, Jepun. Pelbagai persiapan telah kami, aku dan Syahin buat sebelum menjejakkan kaki ke sana. Dari segi pengangkutan, penginapan, visa dan macam2 lagi. Bukan mudah untuk ke negara yg bahasa pengantara nya bukan bahasa inggeris.

1 julai 2013 jam 2 ptg kami berangkat ke Japan dengan penerbangan tambang murah AirAsia. Maklumlah, sebagai pelajar, ini sahaja yg kami mampu. Setelah 7 jam perjalanan yg membosankan, kami tiba di Tokyo Haneda Airport.

Selebihnya, telah diceritakan oleh kawan aku, Syahin dalam blognya, (klik_di_sini) 

Cuma terdapat beberapa perkara yg berlaku di sana yg positif dan ada ketikanya negatif. Betullah orang kata, kita hanya merancang, Allah yang menentukan.

Kadang2 kita takut, kita takut apa yang dirancang oleh kita tak menjadi kenyataan, kita takut imaginasi kita terhadap perancangan musnah. Kita lebih suka hidup dalam imaginasi yg kita buat daripada menerima realiti yg tidak seperti kita rancang. Kadang2 realiti tu menyakitkan tapi kita terpaksa menerima nya.

Till then.

Jgn berharap kepada sesuatu yg tidak pasti.

No comments:

Post a Comment