9.4.13

random

Assalamualaikum.

Melihat kereta-kereta meluncur laju di jalan raya, perasaan ingin memacu sebuah kereta sangat tinggi dek kerana setelah hampir 7 bulan tidak menyentak pedal minyak dan brek.

Kenderaan awam di sini boleb diberikan tahap 5 bintang kerana kesemua tempat yang ingin dituju boleh dituju dengan kenderaan awam. Jarak antara satu tempat dengan satu tempat yg ingin dituju sangat dekat membuatkan aku lebih memilih untuk berjalan kaki (jimat).

2 bulan lagi, inshaAllah, aku akan menjejakkan kaki aku di tanah aku dilahirkan. Wajah ibu dan bapa yang selama ini aku lihat melalui perisian skype dapat ku tatap secara live. Tuhan je yang tahu betapa rindunya aku akan mereka. Begitu juga, aku rindukan pelbagai benda yang ada di Malaysia, yang tiada di sini. Tak perlulah di beritahu di sini kerana tak mungkin aku dapat senaraikan semuanya.

Hati ini berasa kosong kerana tiada pengisian agama sejak kebelakangan ini. Moga2 aku dapat mencari pengisian itu semula supaya hati ini dapat dipenuhi dengan perkara2 yang bermanfaat.

Till then.

No comments:

Post a Comment