24.4.13

kadang2 tak semua yang kita rancang akan menjadi. kita hanya merancang, Allah SWT yang akan menentukannya. aku menerima dengan hati yang terbuka.

11.4.13

sibuk

Assalamualaikum.

Mula2 sekali, nak mintak maaf byk2 sgt kpd sesiapa yg DM dan PM dan tanya bila nak buat vlog baru. InshaAllah, vlog baru akan diupload dalam 2 minggu ke hadapan. Kenapa lambat sangat? Hal ini disebabkan oleh, ketandusan idea (lol) dan tak de masa nak shooting. Sejak kebelakangan ni, aku takde kat rumah dan balik2 je rumah, banyak giler keje (h/work) yg perlu diselesaikan. Tambahan lagi, minggu depan aku ada double quiz. Jadi macam, minggu ni, agak hectic la.

InshaAllah, harap2 semua benda dapat diselesaikan. Moga Allah permudahkan segalanya. Doakan aku yang terbaek untuk kuiz nanti. Maaf kerana buat anda menunggu. *macam la ada orang nak tunggu* haha.

Till then.

9.4.13

random

Assalamualaikum.

Melihat kereta-kereta meluncur laju di jalan raya, perasaan ingin memacu sebuah kereta sangat tinggi dek kerana setelah hampir 7 bulan tidak menyentak pedal minyak dan brek.

Kenderaan awam di sini boleb diberikan tahap 5 bintang kerana kesemua tempat yang ingin dituju boleh dituju dengan kenderaan awam. Jarak antara satu tempat dengan satu tempat yg ingin dituju sangat dekat membuatkan aku lebih memilih untuk berjalan kaki (jimat).

2 bulan lagi, inshaAllah, aku akan menjejakkan kaki aku di tanah aku dilahirkan. Wajah ibu dan bapa yang selama ini aku lihat melalui perisian skype dapat ku tatap secara live. Tuhan je yang tahu betapa rindunya aku akan mereka. Begitu juga, aku rindukan pelbagai benda yang ada di Malaysia, yang tiada di sini. Tak perlulah di beritahu di sini kerana tak mungkin aku dapat senaraikan semuanya.

Hati ini berasa kosong kerana tiada pengisian agama sejak kebelakangan ini. Moga2 aku dapat mencari pengisian itu semula supaya hati ini dapat dipenuhi dengan perkara2 yang bermanfaat.

Till then.

7.4.13

batch 5

Assalamualaikum dan hye. (gaya vlog)

Kisah kehidupan seseorang itu kadang2 sangat berharga utk diceritakan kpd seseorang. Kepercayaan kita terhadap seseorang itu membolehkan kita menceritakan kisah silam kita kepada seseorang.

Aku yakin, kami semua sudah terlalu akrab dan rapat sehinggakan kami tidak pernah rasa risau ingin menceritakan apa2. Kami mampu berkongsi cerita gembira mahupun cerita sedih. Kami juga mampu ketawa ataupun sedih bersama sambil mendengar cerita2 tersebut.

Kami mampu melapangkan masa bersama, belanja makan (unlikely, :P) dan macam2 lagi, semua nya dibuat bersama. Senyum, ketawa, kentut (lol), macam2 lah lagi.

Kami ibarat adik beradik lain ayah dan lain ibu.

UniKL TDP UK Batch 5

Till then.