28.1.13

belajar untuk apa?

Assalamualaikum.

Ketika aku sedang fokus melayari laman sesawang mukabuka, tiba2 datang salah seorang rakan serumah aku dengan satu soalan yang tak pernah aku terfikir sebelum ini. "khairy, ko blaja ni sebab nak tau ke atau sebab nak exam?" Aku terkedu seolah-olah melihat satu soalan yg sangat susah dalam peperiksaan. Selepas soalan tu diajukan, aku mula berfikir, kenapa aku belajar sebelum ini, adakah disebabkan ingin ilmu itu untuk memberi manfaat dlm hidup aku kelak ataupun cuma ingin menjawab peperiksaan.

Ternyata, aku berasa diri aku belajar untuk peperiksaan sahaja. Aku mula menjawab soalan itu kepada rakan aku,

Aku: "aku rasa, aku belajar sebab exam la, sebab lepas exam aku mesti lupa apa yang aku belajar".

Kawan: "tak ramai kan sekarang orang belajar sebab nak tahu ilmu tersebut atau sebab sangat minat, bukan sekadar untuk exam".

Aku: "mungkin sebab dunia berfungsi macam ni kot, yang mana dapat score dalam exam, dapat duk kat atas, yg mana tak dapat score, duk kat bawah."

Kawan: "hurmmmmmmmmm"

Aku mula terfikir, bila agaknya aku pernah merasai kegembiraan dalam mencari ilmu. Aku mula mengatur bicara kepada rakan ku itu.

Aku: "ko tau tak, actually, aku rasa aku enjoy belajar masa darjah 1-6 ngan form 1-2 je, lepas pada tu, aku basically belajar sebab nak exam je"

Kawan: "ohhhh, pendapat aku memang tak ramai lah sekarang ni orang enjoy belajar"

Pernahkan anda terfikir, anda belajar untuk apa sebenarnya? Adakah untuk mencari ilmu ataupun untuk menjawab peperiksaan?

Till then.

No comments:

Post a Comment