9.1.15

2014 year in review

2014.

tiba masa nya untuk lihat kebelakang sejenak. apa yang aku dah buat sepanjang 2014. not in details but just a short recap. sebab tak ingat sangat pun buat apa dulu. nak senang ingat tgk gamba gamba balek. lagi senang nak ingat.

kalau bulan januari, tu bulan hari jadi aku. tapi tak sambut pun. cuma suprise sket je dari housemate dan member kat strathclyde, belanja pizza. alhamdulillah syukur, at least ada jugak yg ingat. terima kasih memberss. ada jugak yang wish dari jauh dan dekat. cuma mama lupa masa tu. kena call bagitau sendiri. haha. bulan 1 ni gak la bulan exams (sakit kepala woooo), haish walaupun jawab dan result tak brape nak okay. alhamdulillah tu je rezeki.

bulan februari, awal bulan takde apa sangat berlaku tapi akhir bulan ada strathclyde malaysian society malaysians' night. so aku kan part of the committee, ada role jugak la dalam majlis tu. aku sebagai boleh dikira runner, kalau ada masalah apa apa kena aware. dan malam sebelum tu aku ngn member 2 org ni, buat satee ngn kuah kacang utk majlis tu. overall majlis tu alhamdulillah sukses. walaupun ada yg kurang sikit, mohon maaf ye. hehe.

bulan tiga, awal bulan mac, aku ke belfast buat kali kedua untuk belfast game. saje saje pegi sana untuk main futsal sambil jalan jalan. 2 hari jugak la spend masa kat sana jalan jalan ngn members. third week bulan ni, ada chemical engineering ball tu, yg aku pakai suit semat semat tu. haha. bes jugak la sbb first time attend mnde macam tu kan. dapat rasa sket culture dorang. yang paling bes nye dorang ni, bagus sbb boleh mintak makanan halal. thorbaekkk.

april nya, parent dan adik aku dtg london, pakej umrah ziarah, sebelum buat umrah pegi paris ngn london dlu, aku apa lagi, join skali la dorang jalan jalan. siap boleh makan free lagi, taktau lah braoe kali dah ni ada kat london tapi alhamdulillah dapat jugak tunjuk tunjuk jalan kat parent, hehe. seronok wooo. tgh bulan sket, pegi birminghan dgn budak lukman ni, pegi macam game festival gitu, nerd kan. kena pegi tempat tempat mcm ni, overall bes la, especially masa show tu, ada banyak persembahan. yg pasal gajet gajet tu tak terupdate sgt kut. tapi okay lah, sbb bukan CES pun. haha.

bulan lima atau mei ni, finally tgh tgh bulan tu antar FYP. FYP yang tebal skali. lupa amik gamba. sedih btulll. tapi syukur alhamdulillah sebab hasil usaha lima bulan dpt jugak antar, markah pun okay dpt. huhu. lepas tu pegi jalan jalan newcastle, tgk uni newcastle dgn sekitar bandar newcastle. akhir bulan lima ialah di mana aku telah pulang ke malaysia, rindu betul malaysia sbb tu awal balik. alhamdulillah selamat semua. bermulalah bulan bulan tanam anggur. haha.

jun ni bulan aku pegi antar adik aku masuk uni kat pahang. uitm, dia amik asasi TESL. lepas tu pegi KL kut. and takde apa dah. tu je. haha dan start puasa bulan ni la.lupa, bulan ni la aku demam teruk. tapi syukur sihat sejahtera sekarang.

bulan julai. akhir bulan julai sambutan hari raya. sakan la sambut kat besut ni, pergi menziarahi rumah rumah sanak saudara dan member member. tak gi jauh jauh pun sambutan raya ni. just pegi yang dekat dekat je, seronok jugak la. hari raya kan, mesti lah seronok. hehe.

bulan ogos nye, ada buat mini reunion sikit, student TMS 0509. seronok jugaklah dapat jumpa kawan kawan lama kan. yg ada tu lama dah tak jumpa. sembang sembang perkembangan semasa. apa tgh buat sekarang. tanam anggur apa semua tu. akhir bulan lapan tu ada gak program open your eyes kat sekolah aku dlu, dipaksa utk menjadi fasi program tu. okay lah dapat share sedikit sebanyak pengalaman aku blaja. jujur dari hati lah cerita tu. bagi sket penangan uni kat dorang. haha.

bulan sembilan tu, aku banyak pegi jalan jalan belah utara. kembara utara lah ni bersama si lukman tadi. banyak tempat pergi, menara alor star kedah tu. lepas tu, pegi perlis. pergi pantai kat perlis, unimap dll. bes jgk la sbb lama tak dtg kedah kan, rasa cam teringat pulak zaman zaman blaja kat sini. lepas tu takde apa dah kut bulan ni. ohh ada la, sepatutnya keje kut bulan ni, tapi ada masalah sket so tak keje la. and pengalaman first time interview keje, amatlah berbeza dgn interview nak blaja dulu tapi okay lah, alhamdulillah.

bulan sepuluh, raya haji kan? lupa dah, haha. tapi bulan ni lah bulan paling tak produktif, duk umah je tak buat apa apa. haha. okay, takde crita bulan ni. lameeeee.

bulan sebelas, aku ke UK. untuk menghadiri graduation. sensorang je, tumpang umah member kat leeds, haha. lepas tu pegi sana naek keretapi. alhamdulillah majlis graduation tu berjalan lancar. seronok jugak la first time kan attend real graduation. haha. lepas tu bulan ni jugak lah aku pegi empat tempat kat eropah, dublin, paris, brussels dan istanbul. alhamduliilah diberi rezeki untuk jalan jalan kat sana. of cos la bes sebab boleh jalan jalan tempat orang, tgk culture orang, walaupun jalan dgn berjimat. haha.

bulan disember pun tak produktif jugak, tak buat apa pun. tapi ada jugak la jalan jalan, pegi KL, melaka, seremban dgn member member aku, jalan jalan malaysia sket, hehe. asyik makan jela jalan malaysia ni, haha.

tu jelah kut.

hopefully, 2015 ni akan jadi tahun yang lebih produktif. doakan aku ye,

bai,

sincerely,

Khairy