31.10.14

Beli

Assalamualaikum

Setiap barang yang kita beli mesti akan ada sentimental value. Sama ada kita beli untuk diri kita sendiri untuk kepuasan diri ataupun kita beli untuk impress seseorang. 

Sama lah aku pun. Kadang kadang aku beli barang disebabkan orang lain. Disebabkan itu, lama kelamaan aku tidak akan gunanya semula. Sudah banyak kali berulang kepada aku. Kadang kadang bila dah beli. Guna sekali dua, taknak guna dah lepas tu. Kadang kadang aku tak guna barang tu sebab aku nak melupakan sentimental value yg ada pada barang tersebut. 

Banyak betul kadang kadang. Bai bai. 

Khairy

Kesepian

Assalamualaikum
Hai

Setelah sekian lama menyepi tanpa berita baru di belog ni. Aku rasa tiba tiba nak menulis sedikit tentang diri aku ketika ini walaupun aku tau tiada orang akan membacanya. 

Kesepian, apakah itu kesepian? Kalau dalam bahasa inggeris lonely. Aku rasa semua orang penah rasa perasaan ni. Tatkala sesibuk mana pun diri kita, kita akan rasa ada satu lubang di dalam hati yang dipenuhi dengan kesepian. 

Sudah banyak aku berfikir, aku cuba melengkapkan kesepian itu dengan bermacam cara, tengok tv, main internet dan macam macam lagi. Tapi smpai satu masa, aku akan merasai perkara yang sama. Fikiran aku mula melayang layang, mengingatkan perkara yang berlaku padaku masa sekolah dulu, masa di kolej, masa di alam universiti. Indah sungguh semuanya. Terasa ingin pulang kembali ke masa tersebut. 

Itulah yang selalu aku fikirkan bila aku rasa kesepian. Tapi aku rasa aku dah silap selama ni. Aku baru sedar kebelakangan ini, aku rasa dengan memberi kesepian ini merupakan cara sang Pencipta yang Maha Berkuasa memberi peringatan kepada aku bahawa ingatlah Dia dikalau aku kesepian atau masa masa lain. 

Terima kasih Ya Allah kerana masih memberi petunjuk kepada hambaMu yang kadang kala lalai dalam kehidupan ini. 

Yang menulis, 
Aku