30.11.12

keselesaan

Assalamualaikum.

Terasa ingin menaip lagi di kala kebosanan di dalam bilik berseorangan. Aku cuma mahu bercerita ketika diri ku seorang pelajar sekolah menengah. Aku cuma terfikir pasal benda ni 5 minit yang lepas jadi aku rasa aku perlu menulisnya supaya tiada salah faham berlaku.

Ketika aku seorang pelajar Tingkatan 5, pada awalnya aku ditempatkan di kelas pertama (kelas paling depan/pandai), aku terasa diriku tidak sesuai dengan persekitaran begitu sebab terasa diriku bukanlah jenis yang rajin/pandai sangat. Jadi aku mohon kepada cikgu untuk menukar kelas, pada mulanya cikgu tersebut tak bagi tapi selepas mendegar sebab-sebab yang aku kemukakan, maka aku berjaya menukar kelas dengan izin semua pihak termasuk ibu bapa ku. Ramai orang mengatakan aku telah membuat keputusan yang salah sebab kelas yang pertama tu diibaratkan lubuk emas kata kawanku, di mana semuanya target untuk dapat semua A dalam SPM. Aku cuma mendiamkan diri, dalam hati kecilku, aku berkata, walaupun di mana anda belajar, anda boleh berjaya, yang penting anda selesa.

Ada juga aku mendengar khabar-khabar angin mengatakan, aku bertukar kelas kerana aku mahu bersama "that special person*" pada masa tu. Dia juga berada di kelas yang kedua. Itu sememangnya tidak betul, aku tiada niat pun nak buat begitu. Aku cuma ingin mencari keselesaan, belajar tanpa tekanan. Sebagai contohnya, pada Tingkatan 3, aku juga berbuat sedemikian, aku turun satu kelas dengan sukarela (kes yang sama) untuk mencari keselesaan. Jadi khabar angin tu tak betul sama sekali. Apa pun, aku berjaya mencari keselesaan dalam kedua-dua situasi dan aku juga alhamdulillah berjaya dalam kedua-dua peperiksaan besar.

Mungkin juga ada yang akan cakap aku ni, pentingkan diri, tak bersyukur. Untuk ni, aku tak tahu nak balas apa. Aku memang bersyukur dengan rezeki yang aku dapat tapi aku cuma mencari yang lebih selesa dengan aku. Dan aku ada peluang untuk berbuat demikian. Bayangkan diri anda seorang pekerja, anda ada peluang untuk naik pangkat. Anda akan ambil peluang tersebut kan? Tak kan lah anda mahu bekerja di posisi yang sama sahaja.

Sampai di sini sahaja lah post aku kali ini.

Till then.

*kisah lama

#kelas #tukar #taklamadah

27.11.12

janji

Assalamualikum.

Seperti nya, aku pernah menulis cerita ini di blog lama aku. Tapi pada hari ini, aku ingin menceritakan lagi perkara ni untuk sentiasa mengingatkan diriku jangan sesekali berbuat demikian. Janji, apa itu janji? Bagi aku, janji ialah sesuatu perkara yang kita mesti akan buat pada masa hadapan ataupun sesuatu perkara yang kita percaya, kita letak seluruh kepercayaan kita kepada perkara tersebut. Agak pening pengertiannya tapi itulah apa yang aku rasa.

Tiada apa-apa yang berlaku yang menyebabkan aku ingin menulis tentang janji, cuma sebagai peringatan kepada sendiri, jangan sesekali memungkiri janji. Sesungguhnya ketika aku tidak matang dahulu, aku pernah menaburkan beberapa janji yang aku tidak mampu lakukan, sesalan nya hingga kini terasa. Tak perlulah cerita dengan lebih lanjut.

Sebagai nasihat aku, kita janganlah mudah membuat janji dengan siapa-siapa sekiranya kita rasa kita tidak mampu melaksanakannya kerana ianya akan menimbulkan kesan negatif terhadap kita dan pihak yang kita membuat janji. Kerana mungkir janji, hubungan kekeluargaan dan "friendship" boleh putus.

Akhir kata, pepatah melayu sikit, lembu dipegang pada tali, mamusia dipegang pada janji.

Till then.

#janji #sesalan #9211

25.11.12

tak susah

Asslamualaikum.

Tepat pukul 6.21 petang, aku masih di perpustakaan (Andersonian Library Strathclyde) menyiapkan segala kerja-kerja yang perlu di hantar pada minggu hadapan. Sudah seharian aku berada di sini, dari pukul 11 pagi lagi. Perut berkeroncong angkara hanya ber-sarapan hari ini. Aku cuma mengambil beberapa minit masa untuk mengemaskini blog ni dek kebosanan melihat nombor-nombor dan tulisan di dalam Microsoft Word.

Aku cuma ingin menceritakan sedikit pengalaman baru hari ini, solat di dalam perpustakaan. Kerana malas pulang ke rumah, aku solat sahaja di sini. Mula-mula perasaan malu tu ada dalam diri, macam-macam perkara bermain di dalam fikiran aku, macam mana kalau orang lain nampak, apa yang orang lain akan fikir dan macam-macam lagi. Tapi tak kan nak tinggal solat, solat itu tiang agama. Jadi aku beranikan diri, aku memang sudah merancang ingin solat di sini dari rumah lagi jadi wuduk sudah siap sedia di ambil dari rumah lagi.

Berjalan-jalan di dalam perpustakaan mencari tempat yang sesuai untuk solat, akhirnya aku menemui satu tempat yang agak sesuai untuk sola, jauh dan tidak mengganggu orang lain. Aku buka perisian Iphone 5 aku untuk mencari arah kiblat. Baju sejuk digunakan sebagai pengganti sejadah. Maka aku mulalah bersolat. Alhamdulillah, aku berjaya solat di sini.

Konklusinya, solat lah anda ketika berada di mana-mana sahaja kerana solat itu perkara wajib sebagai seorang Muslim dan ingatlah solat itu tiang agama. Perut ku berbunyi sekali lagi. Masa untuk meneruskan kerja.

Till then.

#solat #lapar #pengalaman #msa