26.5.13

jgn lalai

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bila aku rasa mula dah lalai, mula dah rasa jauh dengan Dia. Dia hantar kat aku kawan2 yang sentiasa mengingatkan aku kat Dia. Aku sangat bersyukur kerana mempunyai mereka2 yang sentiasa berpesan-pesan.

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang yang beriman dan beramal soleh serta saling berpesan supaya menjunjung (Allah) yang benar dan saling berpesan supaya bersikap sabar." Al-Asr

Till then.

24.5.13

13.5.13

I hope

I hope that this time its real. InshaAllah. Keep praying to Him. 

8.5.13

tujuan.

Assalamualaikum.

Aku menulis di dalam gelap. Gelap? Kenapakah? Sebab aku belum bukak lagi langsir bilik. pukul 6 pagi dah cerah mcm pukul 10 pagi. Masih lagi sedang menyesuaikan diri dengan cuaca sini. Tapi aku layan je.

Kadang2 aku rasa betulkah jalan kehidupan yang aku pilih ni, betulkah apa yang aku buat ni? Sejak beberapa minggu yang lepas aku terfikir perkara2 ni. Sebabnya, aku macam dah rasa hilang minat terhadap perkara yang aku belajar sekarang. Perasaan ingin belajar tu tak seperti dulu2. Kadang2 sangat excited nak pegi lecture sbb minat kat sesuatu subjek tu. Tapi sekarang, aku dah hilang semua tu, seolah-olah aku belajar kerana terpaksa bukan kerana minat.

Beberapa hari lepas, aku ada sembang2 dengan kawan aku, dia pun mengalami masalah yang sama. Mengikut penceritaanya, dia rasa dia tak nampak lagi tujuan dia beljar, maksudnya, nanti dia beljar ni, dia akan guna ke masa kerja nanti? sebenarnya benda yg dia belajar ni, nak aplikasi kan kat mana? Dia pun menceritakan bahawa ada seorang akak dalam kelas dia ni, dah kawen dan ada anak, akak tu selalu akan datang awal dan menyiapkan diri untuk kelas tu. Setiap kelas dia akan buat mcm tu. Jadi kami rasa tujuan dia buat mcm tu sbb dia dah tau tujuan dia belajar, dia dah tahu pentingnya ilmu tu dalam dunia sebenar nanti. Akak tu mungkin dah bekerja sebelum ni tapi disebabkan sebab2 tertentu dia smabung belajar lagi. Tapi kami ni yg masih muda, dan datang ke UK terus masuk third year, kami tak nampak lagi, kami rasa mudah sangat kami sampai ke sini.

Berbanding dengan pengalaman hidup akak itu, sudah pastilah dia bermula dari foundation, first year, second year, dan masuk third year. Tapi first year and second year kami, masa tu kami masih lagi budak2, masih dalam dunia kami, tapi bila datang sini, dah masuk third year, seolah-olah rasa terkejut dengan ke-serius-an belajar tu.

Post ni bukan nya bertujuannya untuk merungut or tak bersyukur dengan apa yang aku dapat, ianya hanya bertujuan, kadang2 kita kena reflect diri kita, kat mana kita skrg and apa tujuan kita sebenarnya. Tapi sampai sekarang, aku masih lagi doubt dengan masa depan aku, mampukah aku?

Sampai di sini sahaja.

InshaAllah, belajar kerana Allah.

Till then.

#belajar #masadepan #lessthan2months